Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa
kecewa, Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai harapan.
Dan sungguh sangat
beruntung andai dalam saat-saat
tergoncangnya jiwa, masih ada
setitik cahaya dalam kalbu untuk
merenungi kebenaran. Masih ada
kekuatan untuk melangkahkan kaki
menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis
zikir yang akan mengembalikan
ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat
belantara. Tempat kita mengejar
berbagai keinginan. Dan memang
manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai
keinginan. Tetapi tidak semua apa
yang kita inginkan akan
terbukti,
tidak semua yang kita
mahu akan tercapai. Dan tidak
mudah juga untuk disedari bahawa apa
yang bukan menjadi hak kita tidak
perlu kita tangisi. Ramai orang
tidak memahami bahawa hidup ini
tidak hanya mempunyai satu
hukum harus berjaya, harus bahagia atau
harus yang lain-lain.
Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa semuanya itu pemberian ALLAH SUBHANAHU WA
TA'ALAhingga membuat mereka sombong dan bertindak
sewenang-wenangnya. Begitu juga
kegagalan sering tidak dihadapi
dengan benar. Padahal dimensi
tauhid dari kegagalan adalah
tidak tercapainya apa yang memang
bukan hak kita. Hakikat kegagalan
adalah tidak terkait dengan apa
yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, sama ada itu rezeki, jabatan atau
kedudukan, pasti akan ALLAH
SUBHANAHU WA TA'ALA sampaikan. Tetapi
apa yang memang bukan milik kita, tidak
akan dapat kita miliki. Meskipun
ia nyaris menghampiri kita, meskipun
kita bermati-matian mengusahakannya.
Maka Lepaskan yang bukan Milik
Kita dengan Ikhlas Hati yang Lapang
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Tiada suatu bencanapun
yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah
tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya
yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
(Kami jelaskan yang demikian itu)
supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya
kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah
tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, (al-Hadiid:
22-23)
Demikian juga bagi yang sedang
berkeinginan terhadap jodoh. Kadangkala
kita tidak sedar ketentuan ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam
istikharah kita tetapi ia
sebenar-benarnya ketentuan ALLAH:
Ada yang berdoa "yang pentingnya
harus dia Ya ALLAH! Harus dia, kerana
aku sangat mencintainya !!.
"Jadinya seakan-akan kita yang
menentukan segalanya, kita
meminta dengan paksa.Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi ALLAH tidak menghulurkannya dengan kelembutan tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang
terkotor.
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita
rasa perlu di dunia ini harus
benar-benar perlu, bila ada
relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mukmin tidak hidup
untuk dunia tetapi menjadikan
dunia untuk mencari hidup yang
sesungguhnya .. hidup di akhirat kelak.
Maka ya... sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan
milikmu.........
(By.Mutiara Iman)
0 Komentar on Jangan Tangisi Apa yang Bukan Milikmu :
Post a Comment and Don't Spam!